Sunday, April 3, 2011

Memulakan Perniagaan Internet 7


HARI 7: Cara terima bayaran  - Pelanggan Bank-in

Cara paling mudah untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda adalah menerima bayaran melalui bank-in. Anda hanya perlu memberi maklumat perbankan anda untuk pelanggan melakukan bayaran bagi produk atau perkhidmatan yang anda niagakan di Internet. Mereka boleh melakukan pembayaran melalui mesin ATM bank anda ataupun di kaunter bank terus ke akaun bank anda.

Dengan kemudahan perbankan Internet kini, pembayaran menjadi semakin mudah. Pelanggan juga tidak perlu pergi ke bank untuk melakukan bayaran. Mereka boleh terus membuat bayaran (fund transfer) melalui Internet banking bank mereka seperti Maybank2U atau CIMB Clicks, ke bank anda (tidak kira bank apa pun).

Cara bank-in ini adalah mudah dan selamat untuk anda menerima bayaran dari pelanggan tempatan. Apabila pelanggan anda telah membuat pembayaran, minta mereka SMS atau email pada anda nombor transaksi pembayaran atau bukti pembayaran yang telah dilakukan. Dengan maklumat ini, anda boleh merujuk akaun anda sama ada pembayaran telah dijelaskan ataupun belum.

Sekiranya pembayaran telah dijelaskan, maka, transaski telah berlaku dan anda perlu melakukan penghantaran produk anda atau menjalankan perkhidmatan anda untuk pelanggan tersebut.

Cara meminta pelanggan anda bank-in pembayaran adalah cara mudah dan amat efektif untuk pelanggan tempatan.

Tip:
Salah satu misi utama seseorang usahawan Internet adalah untuk membina kepercayaan pada pelanggan supaya mereka yakin untuk melakukan bayaran.
Terdapat langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan di sesuatu laman web untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelawat untuk melakukan bayaran.

Sila ke http://apamwarnawarni.blogspot.com/ untuk hari 5 & 6

No comments:

Post a Comment