Mari buat Muffin coklat Berbadam Kelapa
Bahan Bahan
250g Tepung Gandum
250g Gula
175g Kopi Segera
175g Mentega
100gm Coklat
175g Serbuk Badam
175g Kelapa Kering
1 Biji Telur
1/2 sudu kecil isen vanila
1/2 sudu kecil serbuk penaik
Cara Menyediakan1.Didihkan air (double boil) kemudian cairkan kopi, gula mentega dan coklat dlm bekas. Kacau sehingga cair dan sebati. Setelah cair angkat dan ketepikan.
2. Pukul telur sehingga gebu. Kemudian ambil mangkuk lain dan masukan tepung, serbuk penaik dan isen vanila. Tuangkan adunan yang telah dicairkan tadi. Kemudian tuangkan telur. Masukkan kelapa kering dan serbuk badam. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
3. Akhir sekali tuangkan sedikit adunan kedlm acuan kertas bakar pada suhu180*C selama 20minit...
4. Sedia dihidangkan...dan selamat mencuba.